Wednesday, 10 January 2018

Diriku Minta Maaf

Kepada seseorang yang pernah bergelar abang dan pernah menjadi kecintaanku, diriku minta maaf atas segala harapan dan impian kita yang pernah kita bersama. Kita memang tidak dijodohkan bersama, itu takdirnya itu hakikatnya yang kita perlu hadapi.

Diriku sudah sah bergelar hak milik orang lain. Tindakan tu tak mampu untuk aku undurkan balik, ini antara perkara yang paling besar yang pernah aku buat. Bukan tidak aku menyintaimu, aku memang tersangat menyintaimu, tapi ini bukan takdir kita.

Aku disini hnya mengharapkan  dirimu bahagia dan sentiasa menjaga kesihatan kerana ingat jika engkau tidak lagi menyintai diri sendiri tapi ada orang yang terlalu sayangkan dirimu walau dimana pun kamu berada. Terlalu menyintai sehingga engkau menjadi igauanku.

Engkau tetap seseorang yang pernah hadir dalam hidupku, yang pernah mewarnai hidupku dengan cintamu. tidak akan ku lupa segala pengorbanan dan cintamu terhadapku.

Sentiasa dalam ingatan Muhamad Armin Bin Johari

No comments:

Post a Comment